Aktiviti Badan Beruniform dan Faedahnya
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum dalam sistem pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan kokurikulum sebagai simbolik kepada kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya mula dipromosikan dalam arus pendidikan negara.
Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform adalah dapat memapankanketahanan diri. Dalam usia yang setahun jagung, banyak cabaran yang perlu ditongkah bahkan, formula ketahanan diri tersebut juga perlu diaplikasikanpada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalam silabus badan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan seumpamanya merupakan pendekatan awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini.
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarat aur dan tebing dan pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki. Aktiviti tersebut memerlukan gemblengan tenaga yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang mantap. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform sering masyhur dengan ketepatan masa dan disiplin yang tinggi.
Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, para pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana apabila berlaku sebarang kecederaan, para pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan. Tamsilnya, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum. Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akal pelajar tentang ilmu kesihatan.
Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum untuk kemenjadian masa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar akan faedah yang terbentang justeru mereka harus mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.
.